2015年3月26日星期四

Jalan rosak? Adu kepada kementerian melalui aplikasi telefon pintar

KUALA LUMPUR- Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini melancarkan Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR bagi pengguna jalan raya menyalur aduan mengenai jalan rosak. Pelancarannya disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini.
 
Beliau berkata, berkata aplikasi saluran aduan menggunakan telefon pintar itu merupakan alternatif kepada aduan sedia ada dan bersifat mesra pelanggan.
 
"Aplikasi baru ini selaras dengan perkembangan teknologi dan peningkatan pengguna telefon pintar di Malaysia dan merupakan pendekatan proaktif KKR dalam memastikan usaha aduan kerosakan infrastruktur jalan raya dapat disalurkan dengan mudah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu.
 
Kementerian Kerja Raya sebelum ini mempunyai beberapa sistem aduan seperti menerusi e-mel, telefon, dan talian bebas tol."Kini pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun secara percuma aplikasi ini dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS," tambah Fadillah.
 
Pengguna yang ingin membuat aduan hanya perlu menghantar gambar dan lokasi aduan, memilih jenis aduan, mengisi maklumat aduan dan seterusnya menghantar aduan.Aplikasi Mobile ini membolehkan aduan yang diterima diproses dengan cepat dan lebih sistematik, begitu juga maklum balas kepada pengadu akan dapat diberikan dengan segera.
 
"KKR terbuka untuk mendengar semua aduan daripada masyarakat sebab kita percaya dan berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat iaitu keadaan jalan yang selamat dan selesa," katanya.
 
Statistik aduan berkenaan yang diterima daripada pelbagai saluran mencatatkan sebanyak 6,755 aduan pada tahun 2013, 5,124 pada tahun 2014 manakala sehingga Februari tahun ini sebanyak 1,007 aduan.
 
- BERNAMA - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/jalan-rosak-adu-kepada-kementerian-melalui-aplikasi-telefon-pintar-1.73881#sthash.pC9EXA62.dpuf

没有评论:

发表评论