PUTRAJAYA –
Orang ramai yang mahu membuat perbandingan harga barang sebelum dan selepas
pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kini boleh berbuat demikian
dengan mudah dan pantas menggunakan sistem aplikasi telefon mudah alih, MyKira
GST.
Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata,
aplikasi yang dibangunkan pihaknya dengan kerjasama MIMOS Bhd. dapat
menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membandingkan harga barang selepas
pelaksanaan GST pada 1 April ini.
Beliau berkata, antara
ciri utama aplikasi tersebut ialah orang ramai dapat menyemak lebih 10,000
harga barangan yang berada di pasaran dan pada masa sama, pengguna juga boleh
terus membuat aduan dengan menggunakan e-aduan yang terdapat dalam aplikasi
terbabit.
“Menerusi MyKira
pengguna yang kurang pasti harga sesuatu barang sebelum dan selepas GST boleh
membandingkannya melalui aplikasi ini dengan hanya menggunakan tiga langkah
sahaja dan sistem ini akan memberitahu julat harga sesuatu barang terbabit,
sekiranya tiada masalah sistem ini akan menunjukkan tanda bagus.
“Selain itu, pengguna
juga boleh menggunakan sistem ini untuk terus melaporkan kepada Pusat Gerakan
Anti Pencatutan (PGAP) sekiranya peniaga terbabit mengambil keuntungan secara
berlebihan,” katanya.
Beliau berkata
demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan PGAP dan aplikasi MyKira GST
di sini hari ini.
Menurut Hasan, buat
masa sekarang sistem tersebut boleh dimuat turun menggunakan aplikasi Android
sahaja, manakala aplikasi iOS hanya dapat dimuat turun selepas Rabu ini.
Dalam pada itu, Hasan
berkata, pusat gerakan tersebut akan beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi
menerima aduan harga barang melalui telefon, saluran e-aduan dan media sosial
selain pemantauan melalui siaran televisyen.
Katanya, pengguna yang
mempunyai aduan boleh menghubungi terus talian hotline 1-800-886-800 atau
talian 03-88826245atau 03-88826088dan setiap aduan akan direkod serta
disalurkan kepada pegawai kementeriannya untuk diambil tindakan.
Hasan berkata,
mana-mana peniaga yang didapati bersalah bakal didakwa di bawah Akta Kawalan
Harga dan Antipencatutan 2011.
“Kita tidak akan
bertolak ansur lagi selepas ini terhadap mana-mana peniaga yang degil kerana
kerajaan sudah melakukan penerangan melalui pelbagai media masa dan mustahil
mereka tidak tahu, oleh itu saya nasihatkan penggguna supaya membuat aduan
kepada kita untuk diambil tindakan.
“Sekiranya kesalahan
dilakukan sangat berat mereka boleh didakwa di mahkamah khas jenayah yang
ditubuhkan di lima zon iaitu di kawasan utara, selatan, timur, tengah serta
Sabah dan Sarawak untuk diadili,” katanya.
没有评论:
发表评论